Peringkat Panglima pula mengkhususkan kemahiran mengatasi serangan daripada musuh melebihi seorang atau serangan berkumpulan sama ada serangan tangan kosong mahupun bersenjata.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu.” (al-Anfal: 60)