Nabi Ibrahim: Wahai anakku! Aku bermimpi bahawa Allah memerintahkan aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu?
Nabi Ismail: Wahai ayahku! Lakukanlah sepertimana yang diperintahkan.
Lalu diletakkan pisau oleh Nabi Ibrahim ke leher anaknya Nabi Ismail sambil menitiskan air matanya. Allah pun menukarkan kambing di tempat Nabi Ismail.
Moral: Demi Allah dan kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w., di manakah kita meletakkan diri kita dalam berkorban untuk Islam?