Minggu, 30 Agustus 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Tanah Air Kita Malaysia kali yang ke 52. Semoga Tanah Air kita yang tercinta ini kekal dalam rahmatNya, InsyaAllah.

Sabtu, 22 Agustus 2009

Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1430 Hijriah. Semoga kita semua beroleh Maqam Taqwa, InsyaAllah.

Sabtu, 08 Agustus 2009

Adab Bersama Murid

Adab orang yang alim yang mengajar akan ilmu ada 17 perkara:

1. Ihtimal, yakni guru perlu menanggung atau menerima pertanyaan dan pekerjaan daripada muridnya yang mana hal ini dapat menyusahkannya. hendaklah ia bersifat sabar.
"Maknanya di sini guru perlu menanggung setiap pertanyaan dan pekerjaan. Meskipun hal ini kemudiannya akan menyusahkan dia. Contohnya, mungkin ada soalan yang tidak mampu dijawab oleh guru yang akan menyebabkan guru perlu balik mengulangkaji. Inilah adabnya. Jika guru yang tidak mengendahkan hal ini, guru tersebut akan mengabaikan pertanyaan anak muridnya itu. Guru maknnya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru".

2. Luzumul Hilm. sayugialah orang alim itu bersikap tidak lekas marah.
" Marah penting, tetapi lazimkan dengan sifat Hilm, lemah lembut, sabar ".

3. Duduk dengan Haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
"Guru perlu mejaga haibahnya sebagi guru. Tarafnya sebagai guru adalah perlu guru menjaga taraf kemuliaannya. Ertinya, guru adalah contoh ikutan, oleh yang demikian guru tidak boleh tidak, perlu menjaga lebih akan tingkah lakunya".

4. Jangan membesarkan dirinya atas segala hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana menegah ia akan zalimnya.
"Adab ini meneutralkan adab yang ketiga tadi. Menjaga kemuliaan adalah berbeza dengan perasaan ujub, riak dan takbur. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa rasa bersyukur dengan kelebihan ilmu yang sebenarnya hanya datang daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui."

5. Sentiasa memilih sifat Tawadu` ketika di perhimpunan atau di hadapan orang ramai.

6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main pada perhimpunan orang banyak.

7. Sentiasa berperasaan kasih sayang dan berperlakuan lemah lembut terhadap pekerjaan dan perkataannya terhadap muridnya, Hendaklah ia memperlakukan anak muridnya seperti anaknya sendiri.
"Masyaallah, As-Syeikh Abdusshomad al-Falimbani memberi perumpamaan kasih sayang di antara guru dengan murid dengan jalinan anak dan ayah atau ibu. Perumpamaan ini amat tepat sekali. Mengapa tepat? Sebagai contoh' seorang ibu melihat anaknya keletihan setelah pulang daripada berkhemah. Anaknya tadi baru pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Adakah benar kasih sayang seorang ibu yang membiarkan anaknya yang keletihan itu tidak solat subuh kerana keletihan atau dikejutkan juga kerana terlebih kasih akan anaknya kerana tidak mahu melihat anaknya dihumban ke dalam api neraka?. Begitulah juga guru. Marah, rotan dan sukanya adalah berasaskan kasih sayang yang benar".

8. Menanti dan memeriksa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal dan dungu serta memperbetulkan merereka. Tetap bersabar melayan anak murid yang dungu dan bebal.
"Bagi yang bukan guru mungkin kita tidak faham mengapa ada orang bebal dan dungu. Dua hal ini bukanlah kekurangan , namun ia adalah cabaran bagi guru untuk menahan kesabaran dan kesungguhanya."

9. Jangan ia meminta upah atas mengajarnya itu tetapi hendaklah qasad mengajarnya itu kerana Allah SWT.

10. Seorang guru perlu berani mengatakan "Aku tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak tahu. Ini dapat mengelakkan kesesatan dan kecelakaan yang besar.

11. Hendaklah seorang guru bersungguh-sungguh ia terhadap orang yang bertanyakan masalah.

12. Menerima dalil yang membenarkan orang lain walaupun dalil itu datang daripada anak muridnya. Jangan ditolak dalil itu hanya kerana malu dia terhadap orang banyak.

13. Mengikut kepada yang benar dan kembali jika tersalah.

14. Guru perlu menegah orang belajar ilmu yang membawa mudarat.

15. Guru perlu menegah orang belajar qasadnya (niatnya) bukan kerana Allah SWT. Guru perlu menyuruh orang yang belajar ilmu kerana Allah SWT.

16. Guru perlu menegah orang belajar ilmu kifayah selagi seseorang itu tidak selesai Ilmu fardhu Ain.

17. Hendaklah guru itu mengamalkan akan ilmunya supaya diikuti oleh orang akan amal dan perkataannya.

Adab Bersama Guru

ADAB BERSAMA GURU

1) Memandang tinggi kedudukan guru sebagai pembimbing dan penasihat.

2) Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.

3) Minta izin terlebih dahulu jika ingin bersuara dan jangan mencelah.

4) Cari masa yang sesuai untuk bertanya atau berbincang.

5) Memberi tumpuan dan tidak bersuara ketika guru sedang mengajar.

6) Hindari menyinggung perasaan guru.

7) Memberi bantuan kepada guru jika diperlukan.

8) Lakukan perkara yang disukai oleh guru dan jauhi amalan mengampu.

9) Berinteraksi dengan mengunakan bahasa yang bersopan.

10) Bertanya mengenai pembelanjaran dan bukan soalan yang merapu.

11) Menerima nasihat dunia dan akhirat sebagai bekalan hidup.

12) Tidak meninggi suara dan bercakap dengan nada sederhana.

13) Tidak mengumpat perihal guru bersama rakan.

14) Menerima teguran dengan terbuka dan insaf.