Rabu, 18 Mei 2011

Bertari silat


Ada apa dengan tari silat atau silat pulut? Bukankah semasa bertempur, tiada lagi kesempatan bertari silat? Bukankah lebih baik terus diajar buah-buah sahaja?

Itulah kepandaian orang dulu-dulu. Segala langkah, tapak, gelek, pukul dan pelbagai lagi gerakan zahir dan batin dikatalogkan dalam tari silat untuk memudahkan ingatan dan rasa. Bagi yang mengenal, sudah tahu setakat mana ilmu di dada. Dapat dilawan atau perlu mengalah sahaja.

Rahsianya pada guru. Dapatkan keredhaan dan senang hati guru untuk menurunkan rahsia. Bertanya bila diperkenankan bertanya. Sabar dan amanah hendaknya..