Minggu, 30 Agustus 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Tanah Air Kita Malaysia kali yang ke 52. Semoga Tanah Air kita yang tercinta ini kekal dalam rahmatNya, InsyaAllah.

Sabtu, 22 Agustus 2009

Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1430 Hijriah. Semoga kita semua beroleh Maqam Taqwa, InsyaAllah.

Sabtu, 08 Agustus 2009

Adab Bersama Murid

Adab orang yang alim yang mengajar akan ilmu ada 17 perkara:

1. Ihtimal, yakni guru perlu menanggung atau menerima pertanyaan dan pekerjaan daripada muridnya yang mana hal ini dapat menyusahkannya. hendaklah ia bersifat sabar.
"Maknanya di sini guru perlu menanggung setiap pertanyaan dan pekerjaan. Meskipun hal ini kemudiannya akan menyusahkan dia. Contohnya, mungkin ada soalan yang tidak mampu dijawab oleh guru yang akan menyebabkan guru perlu balik mengulangkaji. Inilah adabnya. Jika guru yang tidak mengendahkan hal ini, guru tersebut akan mengabaikan pertanyaan anak muridnya itu. Guru maknnya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru".

2. Luzumul Hilm. sayugialah orang alim itu bersikap tidak lekas marah.
" Marah penting, tetapi lazimkan dengan sifat Hilm, lemah lembut, sabar ".

3. Duduk dengan Haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
"Guru perlu mejaga haibahnya sebagi guru. Tarafnya sebagai guru adalah perlu guru menjaga taraf kemuliaannya. Ertinya, guru adalah contoh ikutan, oleh yang demikian guru tidak boleh tidak, perlu menjaga lebih akan tingkah lakunya".

4. Jangan membesarkan dirinya atas segala hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana menegah ia akan zalimnya.
"Adab ini meneutralkan adab yang ketiga tadi. Menjaga kemuliaan adalah berbeza dengan perasaan ujub, riak dan takbur. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa rasa bersyukur dengan kelebihan ilmu yang sebenarnya hanya datang daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui."

5. Sentiasa memilih sifat Tawadu` ketika di perhimpunan atau di hadapan orang ramai.

6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main pada perhimpunan orang banyak.

7. Sentiasa berperasaan kasih sayang dan berperlakuan lemah lembut terhadap pekerjaan dan perkataannya terhadap muridnya, Hendaklah ia memperlakukan anak muridnya seperti anaknya sendiri.
"Masyaallah, As-Syeikh Abdusshomad al-Falimbani memberi perumpamaan kasih sayang di antara guru dengan murid dengan jalinan anak dan ayah atau ibu. Perumpamaan ini amat tepat sekali. Mengapa tepat? Sebagai contoh' seorang ibu melihat anaknya keletihan setelah pulang daripada berkhemah. Anaknya tadi baru pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Adakah benar kasih sayang seorang ibu yang membiarkan anaknya yang keletihan itu tidak solat subuh kerana keletihan atau dikejutkan juga kerana terlebih kasih akan anaknya kerana tidak mahu melihat anaknya dihumban ke dalam api neraka?. Begitulah juga guru. Marah, rotan dan sukanya adalah berasaskan kasih sayang yang benar".

8. Menanti dan memeriksa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal dan dungu serta memperbetulkan merereka. Tetap bersabar melayan anak murid yang dungu dan bebal.
"Bagi yang bukan guru mungkin kita tidak faham mengapa ada orang bebal dan dungu. Dua hal ini bukanlah kekurangan , namun ia adalah cabaran bagi guru untuk menahan kesabaran dan kesungguhanya."

9. Jangan ia meminta upah atas mengajarnya itu tetapi hendaklah qasad mengajarnya itu kerana Allah SWT.

10. Seorang guru perlu berani mengatakan "Aku tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak tahu. Ini dapat mengelakkan kesesatan dan kecelakaan yang besar.

11. Hendaklah seorang guru bersungguh-sungguh ia terhadap orang yang bertanyakan masalah.

12. Menerima dalil yang membenarkan orang lain walaupun dalil itu datang daripada anak muridnya. Jangan ditolak dalil itu hanya kerana malu dia terhadap orang banyak.

13. Mengikut kepada yang benar dan kembali jika tersalah.

14. Guru perlu menegah orang belajar ilmu yang membawa mudarat.

15. Guru perlu menegah orang belajar qasadnya (niatnya) bukan kerana Allah SWT. Guru perlu menyuruh orang yang belajar ilmu kerana Allah SWT.

16. Guru perlu menegah orang belajar ilmu kifayah selagi seseorang itu tidak selesai Ilmu fardhu Ain.

17. Hendaklah guru itu mengamalkan akan ilmunya supaya diikuti oleh orang akan amal dan perkataannya.

Adab Bersama Guru

ADAB BERSAMA GURU

1) Memandang tinggi kedudukan guru sebagai pembimbing dan penasihat.

2) Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.

3) Minta izin terlebih dahulu jika ingin bersuara dan jangan mencelah.

4) Cari masa yang sesuai untuk bertanya atau berbincang.

5) Memberi tumpuan dan tidak bersuara ketika guru sedang mengajar.

6) Hindari menyinggung perasaan guru.

7) Memberi bantuan kepada guru jika diperlukan.

8) Lakukan perkara yang disukai oleh guru dan jauhi amalan mengampu.

9) Berinteraksi dengan mengunakan bahasa yang bersopan.

10) Bertanya mengenai pembelanjaran dan bukan soalan yang merapu.

11) Menerima nasihat dunia dan akhirat sebagai bekalan hidup.

12) Tidak meninggi suara dan bercakap dengan nada sederhana.

13) Tidak mengumpat perihal guru bersama rakan.

14) Menerima teguran dengan terbuka dan insaf.

Senin, 22 Juni 2009

Mengapa Perlu Belajar Silat?

Soalan: Apa perlu belajar silat di zaman pistol, senapang dan peluru berpandu ini?

Jawapan: Supaya pandai akal dan adab dalam hidup. Pistol tak ajar semua ni.

Kamis, 14 Mei 2009

Sultan Kelantan masuk wad 14 Mei 2009

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, semalam dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.

Baginda dikejarkan ke HUSM kira-kira jam 2.30 petang dan sehingga lewat petang semalam, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Kelantan berhubung status kesihatan baginda.

--------------------------------------------------------

Kami rakyat Baginda Tuanku mendoakan kesihatan Baginda Tuanku.

Selasa, 31 Maret 2009

Keputeraan Al-Sultan Kelantan Pada 30 dan 31 Mac 2009



Kepada kedua Al Sultan dan Sultanah Kelantan, patik yang hina ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan. Semoga Tuanku DiRahmati Allah dan Dipanjangkan Umur.

Keris Tabal Seni Silat Warisan Kelantan





Keris Malela Lok 7
Bilah Besi Hitam Sebatang 13 inci
Tempa 1 Muharam Hari Selasa
Hulu Jawa Demam Kayu Kenaung
Pendokok Telur Ikan Perak Krom Emas
Sampir Gaya Patani/Kelantan Kayu Kemuning Emas
Batang Serunai Kayu Sena

Selasa, 03 Februari 2009

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!


The Sultan of Perak Sultan Azlan Shah, accompanied by Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah and Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara, arriving for the special investiture in conjunction with the Silver Jubilee celebration of his reign as the 34th Sultan of Perak at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar yesterday ( 3rd February, 2009 ).

Selasa, 13 Januari 2009

Garis Panduan Silat Menurut Islam

Tiada siapa yang tahu segalanya. Jadi, bertanyalah kepada yang tahu. Yang tahu berdasarkan ilmu...

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm

Senin, 12 Januari 2009

Senin, 05 Januari 2009

Kekejaman Israel ke atas Palestin. Boikot Barangan USA dan Israel!


Jangan setakat lihat sahaja. Marilah kita boikot barangan USA dan Israel sebagai bantahan ke atas kekejaman mereka. Boikot selama-lamanya. Antara barangan USA dan Israel:

1. Coca Cola.
2. Starbucks.
3. Colgate.
4. Malboro.
5. Dan lain-lain. Klik pautan ini untuk senarai penuh, http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."(Riwayat Imam Muslim)

Program Pengambilan 1000 Guru Seni Silat Warisan

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk melestarikan Seni Silat ke serata Malaysia dan luar Malaysia, Guru Agung dan juga Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Warisan Negeri Perlis, Ustaz Mazlin Bin Hamid telah berkenan untuk mengijazahkan peringkat guru kepada 1,000 orang. Anda akan diajar Seni Silat Warisan berserta rahsia-rahsia guru dan anda kemudian bebas membuka perguruan sendiri atas nama pilihan masing-masing. Ustaz Mazlin Bin Hamid juga bersedia memberi bimbingan dan nasihat walaupun anda telah membuka perguruan sendiri nanti.

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh klik pautan ini, http://www.silatwarisan.com/1,000GuruSilatWarisan.index.html

Penghargaan kepada Guru Agung Ustaz Mazlin Bin Hamid



Ustaz Mazlin Bin Hamid adalah pengasas dan Guru Agung Persatuan Seni Silat Warisan Perlis yang telah ditubuhkan pada 16 Oktober 1993. Beliau telah menerima ilmu Seni Silat ini dari Guru Allahyarham Hj Osman Bin Abdullah yang juga merupakan guru agama kepadanya.


Beliau menuntut ilmu agama daripadanya sehingga beliau diberi tauliah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sebagai GURU TAKMIR JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA DAN GURU AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS untuk mengajar agama diseluruh masjid dan surau serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta diseluruh Negeri Perlis dan pernah menjadi guru Panel Agama CELCOM Malaysia.


Beliau menghabiskan banyak masa remajanya berguru dengannya. Sehingga ke hari ini beliau masih berulang-alik ke kampung kelahirannya untuk menyampaikan kuliah agama kepada masyarakat setempat.

Peringkat Batu Bara

Pelajaran pada peringkat ini juga bertumpu kepada tari silat yang mengandungi:

1. 9 Tapak Seni Batu Bara Seni Silat Warisan
2. Gerak Pembisa, Pematah dan Gerak Sapuan untuk menewaskan musuh.
3. Rahsia Seni Batu Bara mengandungi Rahsia Pahlawan Silam Seni Silat Warisan.

Peringkat Pagar Ruyung

Pelajaran pada peringkat ini bertumpu kepada tari silat yang mengandungi:

1. 40 Tapak Seni Pagar Ruyung Seni Silat Warisan
2. Gerak Tangkis,Pukul,Rahsia Tapak untuk menewaskan musuh.
3. Rahsia Seni Pagar Ruyung mengandungi Rahsia Pahlawan Silam.(Gerak tikam, tusuk dan sebagainya ilmu Pagar Ruyung Seni Silat Warisan.

Peringkat Laksamana

Pelajaran petua-petua pertempuran.
Peringkat ini akan diajar sendiri oleh guru.

Peringkat Panglima Hitam

Kemahiran mempertahankan diri menggunakan gabungan pergerakan seperti sikuan, tendangan dan pukulan serta elakan sambil membuat serangan balas ke atas lawan.

Peringkat Panglima

Peringkat Panglima pula mengkhususkan kemahiran mengatasi serangan daripada musuh melebihi seorang atau serangan berkumpulan sama ada serangan tangan kosong mahupun bersenjata.

Peringkat Pendekar

Gambar ihsan Ustaz Mazlin Bin Hamid, Guru Agung Seni Silat Warisan Negeri Perlis

Antara pelajaran-pelajaran pada peringkat Pendekar ialah:

1. Gerak Tetap ( meliputi asas tumbukan, tendangan, siku, lutut, gulingan dan langkah ).

2. Buah 9 ( meliputi kuncian asas seperti Sum Rusuk, Patah Tangan, Perebah Harimau, Tangkap Merpati, Pasung Bulan, Pasung Matahari, Pendua Atas, Pendua Bawah, dan Koyak Kapan ).

3. Jurus 12 ( Pecahan kepada Buah 9 membentuk jurus-jurus tempur).




Minggu, 04 Januari 2009

Peringkat Pelajaran

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan mengandungi 6 peringkat pelajaran:

1. Peringkat Pendekar (peringkat awal)
2. Peringkat Panglima
3. Peringkat Panglima Hitam
4. Peringkat Laksamana
5. Peringkat Pagar Ruyung
6. Peringkat Batu Bara (peringkat akhir)

Setiap peringkat pelajaran mengambil masa 3 bulan ( atas dasar 2 jam 2 kali seminggu) atau kurang ( mengikut budibicara guru ).

Pengenalan








Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Anda dijemput untuk melawat blog ini dan menerokai manafaat yang bakal anda dapati dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi sejenak meluangkan masa anda yang amat berharga itu. Kami ingin supaya Seni Silat warisan bangsa melayu ini kekal bertakhta di bumi dari zaman ke zaman. Dari kerana itu anda semua boleh menyertai kami untuk bersama-sama kearah itu. Anda dijemput menyertai Seni Silat Warisan Negeri Kelantan walau di mana anda berada.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan tidak mengandungi ilmu kebatinan, unsur-unsur tahyul dan khurafat, upacara mistik dan tidak mengandungi ajaran syirik dan terpesong dari Akidah Islam. Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah ilmu seni mempertahankan diri bangsa Melayu bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan cuma boleh di pelajari yang beragama Islam sahaja. Matlamat Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah untuk mempertahankan Agama,Bangsa Dan Tanah Air. Amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak.

Tiada pantang-larang dalam mempelajari seni silat ini tetapi selalu diingatkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini adalah terikat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka, serta rahmat dan azab.

Persatuan Seni Silat Warisan Negeri Kelantan

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog kami. Blog ini masih dalam pembinaan dan anda semua boleh melawat laman web persatuan induk kami di http://www.silatwarisan.com/ . Thank you.

Assalamualaikum w.b.t. and welcome to our blog. This blog is still under construction and you all may visit our main website at http://www.silatwarisan.com/ . Thank you.