Selasa, 13 Januari 2009

Garis Panduan Silat Menurut Islam

Tiada siapa yang tahu segalanya. Jadi, bertanyalah kepada yang tahu. Yang tahu berdasarkan ilmu...

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm

Senin, 12 Januari 2009

Senin, 05 Januari 2009

Kekejaman Israel ke atas Palestin. Boikot Barangan USA dan Israel!


Jangan setakat lihat sahaja. Marilah kita boikot barangan USA dan Israel sebagai bantahan ke atas kekejaman mereka. Boikot selama-lamanya. Antara barangan USA dan Israel:

1. Coca Cola.
2. Starbucks.
3. Colgate.
4. Malboro.
5. Dan lain-lain. Klik pautan ini untuk senarai penuh, http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."(Riwayat Imam Muslim)

Program Pengambilan 1000 Guru Seni Silat Warisan

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk melestarikan Seni Silat ke serata Malaysia dan luar Malaysia, Guru Agung dan juga Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Warisan Negeri Perlis, Ustaz Mazlin Bin Hamid telah berkenan untuk mengijazahkan peringkat guru kepada 1,000 orang. Anda akan diajar Seni Silat Warisan berserta rahsia-rahsia guru dan anda kemudian bebas membuka perguruan sendiri atas nama pilihan masing-masing. Ustaz Mazlin Bin Hamid juga bersedia memberi bimbingan dan nasihat walaupun anda telah membuka perguruan sendiri nanti.

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh klik pautan ini, http://www.silatwarisan.com/1,000GuruSilatWarisan.index.html

Penghargaan kepada Guru Agung Ustaz Mazlin Bin Hamid



Ustaz Mazlin Bin Hamid adalah pengasas dan Guru Agung Persatuan Seni Silat Warisan Perlis yang telah ditubuhkan pada 16 Oktober 1993. Beliau telah menerima ilmu Seni Silat ini dari Guru Allahyarham Hj Osman Bin Abdullah yang juga merupakan guru agama kepadanya.


Beliau menuntut ilmu agama daripadanya sehingga beliau diberi tauliah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sebagai GURU TAKMIR JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA DAN GURU AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS untuk mengajar agama diseluruh masjid dan surau serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta diseluruh Negeri Perlis dan pernah menjadi guru Panel Agama CELCOM Malaysia.


Beliau menghabiskan banyak masa remajanya berguru dengannya. Sehingga ke hari ini beliau masih berulang-alik ke kampung kelahirannya untuk menyampaikan kuliah agama kepada masyarakat setempat.

Peringkat Batu Bara

Pelajaran pada peringkat ini juga bertumpu kepada tari silat yang mengandungi:

1. 9 Tapak Seni Batu Bara Seni Silat Warisan
2. Gerak Pembisa, Pematah dan Gerak Sapuan untuk menewaskan musuh.
3. Rahsia Seni Batu Bara mengandungi Rahsia Pahlawan Silam Seni Silat Warisan.

Peringkat Pagar Ruyung

Pelajaran pada peringkat ini bertumpu kepada tari silat yang mengandungi:

1. 40 Tapak Seni Pagar Ruyung Seni Silat Warisan
2. Gerak Tangkis,Pukul,Rahsia Tapak untuk menewaskan musuh.
3. Rahsia Seni Pagar Ruyung mengandungi Rahsia Pahlawan Silam.(Gerak tikam, tusuk dan sebagainya ilmu Pagar Ruyung Seni Silat Warisan.

Peringkat Laksamana

Pelajaran petua-petua pertempuran.
Peringkat ini akan diajar sendiri oleh guru.

Peringkat Panglima Hitam

Kemahiran mempertahankan diri menggunakan gabungan pergerakan seperti sikuan, tendangan dan pukulan serta elakan sambil membuat serangan balas ke atas lawan.

Peringkat Panglima

Peringkat Panglima pula mengkhususkan kemahiran mengatasi serangan daripada musuh melebihi seorang atau serangan berkumpulan sama ada serangan tangan kosong mahupun bersenjata.

Peringkat Pendekar

Gambar ihsan Ustaz Mazlin Bin Hamid, Guru Agung Seni Silat Warisan Negeri Perlis

Antara pelajaran-pelajaran pada peringkat Pendekar ialah:

1. Gerak Tetap ( meliputi asas tumbukan, tendangan, siku, lutut, gulingan dan langkah ).

2. Buah 9 ( meliputi kuncian asas seperti Sum Rusuk, Patah Tangan, Perebah Harimau, Tangkap Merpati, Pasung Bulan, Pasung Matahari, Pendua Atas, Pendua Bawah, dan Koyak Kapan ).

3. Jurus 12 ( Pecahan kepada Buah 9 membentuk jurus-jurus tempur).




Minggu, 04 Januari 2009

Peringkat Pelajaran

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan mengandungi 6 peringkat pelajaran:

1. Peringkat Pendekar (peringkat awal)
2. Peringkat Panglima
3. Peringkat Panglima Hitam
4. Peringkat Laksamana
5. Peringkat Pagar Ruyung
6. Peringkat Batu Bara (peringkat akhir)

Setiap peringkat pelajaran mengambil masa 3 bulan ( atas dasar 2 jam 2 kali seminggu) atau kurang ( mengikut budibicara guru ).

Pengenalan








Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Anda dijemput untuk melawat blog ini dan menerokai manafaat yang bakal anda dapati dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi sejenak meluangkan masa anda yang amat berharga itu. Kami ingin supaya Seni Silat warisan bangsa melayu ini kekal bertakhta di bumi dari zaman ke zaman. Dari kerana itu anda semua boleh menyertai kami untuk bersama-sama kearah itu. Anda dijemput menyertai Seni Silat Warisan Negeri Kelantan walau di mana anda berada.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan tidak mengandungi ilmu kebatinan, unsur-unsur tahyul dan khurafat, upacara mistik dan tidak mengandungi ajaran syirik dan terpesong dari Akidah Islam. Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah ilmu seni mempertahankan diri bangsa Melayu bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan cuma boleh di pelajari yang beragama Islam sahaja. Matlamat Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah untuk mempertahankan Agama,Bangsa Dan Tanah Air. Amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak.

Tiada pantang-larang dalam mempelajari seni silat ini tetapi selalu diingatkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini adalah terikat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka, serta rahmat dan azab.

Persatuan Seni Silat Warisan Negeri Kelantan

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog kami. Blog ini masih dalam pembinaan dan anda semua boleh melawat laman web persatuan induk kami di http://www.silatwarisan.com/ . Thank you.

Assalamualaikum w.b.t. and welcome to our blog. This blog is still under construction and you all may visit our main website at http://www.silatwarisan.com/ . Thank you.