Minggu, 04 Januari 2009

Pengenalan








Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Anda dijemput untuk melawat blog ini dan menerokai manafaat yang bakal anda dapati dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi sejenak meluangkan masa anda yang amat berharga itu. Kami ingin supaya Seni Silat warisan bangsa melayu ini kekal bertakhta di bumi dari zaman ke zaman. Dari kerana itu anda semua boleh menyertai kami untuk bersama-sama kearah itu. Anda dijemput menyertai Seni Silat Warisan Negeri Kelantan walau di mana anda berada.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan tidak mengandungi ilmu kebatinan, unsur-unsur tahyul dan khurafat, upacara mistik dan tidak mengandungi ajaran syirik dan terpesong dari Akidah Islam. Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah ilmu seni mempertahankan diri bangsa Melayu bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Seni Silat Warisan Negeri Kelantan cuma boleh di pelajari yang beragama Islam sahaja. Matlamat Seni Silat Warisan Negeri Kelantan adalah untuk mempertahankan Agama,Bangsa Dan Tanah Air. Amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak.

Tiada pantang-larang dalam mempelajari seni silat ini tetapi selalu diingatkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini adalah terikat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka, serta rahmat dan azab.