Selasa, 01 Maret 2011

Ijazah & Sanad



Antara kepentingan ijazah dan sanad yang bersambung tanpa putus kepada pengasas asal dalam seni persilatan adalah memastikan ilmu-ilmu yang diturunkan itu sama perbuatannya dan menentukan seseorang murid menerima keberkatan atau limpahan rohani yang bersambung dengan guru sekarang terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya.

Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan daripada segala guru yang terdahulu.Redha guru sekarang adalah himpunan redha segala guru yang terdahulu.

Maka tersingkaplah antara rahsia kemujaraban ilmu dan sedikit belajar, tetapi banyak yang diketahui.