Selasa, 14 Desember 2010

Awal Muharam 1432 Hijriah

Ahlan Wa Sahlan 1432 Hijriah.
1432 Hijriah sudah sampai, 2011 Masihi juga beberapa hari lagi. Umur semakin meningkat. Semakin dekat atau semakin jauh kita dengan Allah? Yang pastinya maut semakin dekat.

Senin, 22 November 2010

Salam Idul Adha 1431H

Nabi Ibrahim: Wahai anakku! Aku bermimpi bahawa Allah memerintahkan aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu?

Nabi Ismail: Wahai ayahku! Lakukanlah sepertimana yang diperintahkan.

Lalu diletakkan pisau oleh Nabi Ibrahim ke leher anaknya Nabi Ismail sambil menitiskan air matanya. Allah pun menukarkan kambing di tempat Nabi Ismail.

Moral: Demi Allah dan kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w., di manakah kita meletakkan diri kita dalam berkorban untuk Islam?

Senin, 01 November 2010

Aktiviti Malam di Taman Negeri Perlis 30 dan 31 Oktober 2010


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Senin, 18 Oktober 2010

Perlengkapan Diri

Wahai Saudara sekalian, perlengkapkan dirimu dengan ilmu kerana kita sedang diasak dari 4 penjuru; agama, bangsa, politik dan ekonomi. Fahami dan amalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bersatulah Melayu, betulkan niat dalam berpolitik, tolong-menolonglah dalam membina kekuatan ekonomi. Jangan takut, Jangan bersedih, Allah bersama kita..

Sabtu, 11 September 2010

Salam Idul Fitri 1431H

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd..
Selamat Menyambut Hari Kemenangan Setelah Menjalani Sebulan Ramadhan Berpuasa. Maaf Zahir Dan Batin..

Selasa, 31 Agustus 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-53.
Syukuri dan hargai kemerdekaan yang ada.

Selasa, 10 Agustus 2010

Salam Ramadhan 1431H

Selamat menyambut bulan barkah Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Puasa ye, jangan tak puasa..:-)

Kem Wan Som, Jalan Kaki Bukit, Perlis, 31 Julai 2010


Menyampaikan pelajaran jurus pedang di bawah seliaan Guru Agong.

Jumat, 30 Juli 2010

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
MATI
Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
MASA LALU
Apakah yang paling besar di dunia?
NAFSU
Apakah yang paling berat di dunia?
MENANGGUNG AMANAH

Apakah yang paling ringan di dunia?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yang paling tajam di dunia?
LIDAH MANUSIA

Sekiranya Amanah itu sesuatu yang zahir di mata, nescaya kamu berlari menjauhinya dek kerana besar dan beratnya Amanah itu. Saudara-saudaraku, rapatkan saf, betulkan saf.

Rabu, 28 Juli 2010

Sekitar Kursus di Langkawi



24-27 Julai 2010



Bersama-sama Guru Agong Ustaz Mazlin Bin Hamid dan rakan-rakan di Pulau Langkawi, Kedah.

Senin, 11 Januari 2010

ALLAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (Wahai Muhammad S.A.W) bahawa Dia adalah ALLAH YANG ESA TIDAK MEMILIKI SEKUTU,

Allah Yang setiap makhluk bergantung kepada-Nya pada segala keperluan,

DIA TIADA BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN,

DAN TIDAK ADA APAPUN YANG SETARA DENGAN DIA.

(Surah Al-Ikhlas)

Itulah ALLAH.